Ini Janji ALLAH SWT
Suatu janji YANG PASTI
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000
orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya
akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan
isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami
pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan
penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah
s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari.
Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki
kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila
dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan
“Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah
s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala
seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,
Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia
kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada
siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala
haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari
selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang
menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan
puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku
tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib
bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12
tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola
emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola
perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan
suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang
lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia
akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt
di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati
auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya
yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita
memasak dengan zikir Bismillah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar